Khamis, 4 April 2013

Tips membuat blog percuma bahagian 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca di blog saya ini...

Anda ada hobi, minat atau kepakaran dalam sesuatu bidang? Apa kata anda kongsikannya dengan dunia apa yang anda tahu itu. Banyak manafaat yang bakal anda perolehi nanti. Antaranya, anda akan lebih menyukai bidang anda itu. Selain itu, ramai pembaca di luar sana yang sama kecenderungan dengan anda. Jadi anda akan menemui ramai sahabat-sahabat blogger yang sekepala dengan anda. Anda boleh bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengan mereka. Pengetahuan anda akan berkembang luas. Ilmu anda juga akan bertambah dari hari ke hari. Seronok bukan?

Ada satu perkara lagi yang tidak ramai orang tahu tentang blog. Agak-agak apa ya? Jika anda hendak tahu, ramai bloggers yang telah menjadi kaya raya dengan hanya menulis di blog masing-masing. Kedengaran seperti tipu saja kan? Jika anda tidak percaya, anda sendiri yang rugi. Jika anda percaya, mari kita belajarnya mulai sekarang. Anda tidak akan rugi sesen pun kerana ianya PERCUMA dan tidak ada kos yang perlu anda keluarkan untuk membuat blog seperti ini. Anda cuma perlu membayar duit broadband dan bill elektrik anda. Itu sahaja... Semakin menarikkan???? Apa lagi? Jom berblog dan dapat duit!!!!